27 September 2013

What Our Mind Get Through

What do you think? Betul kan kan.

26 September 2013

Bila Cuti Rindu Nak Study, Bila Study Rindu Nak Cuti

Assalamualaikum!

Waaaaaaaaaaaaaaaa! Rajin lah pulak aku update belog hari-hari. Dia punya excited update belog tu tahan berapa hari je. Percayalah. Esok lusa tulat tak tahu. Tu tu. Tajuk bukan main berjelaaa.

Ye. Nak kata aku rajin sangat sudy tak jugak. Pemalas pun tidaaaak. Eh eh tak pemalas ke aku? Teeeeeeetttt~ Muahahaha. Actually aku bukan rindu nak study study bagai. Rindu nak rasa environment kat hostel. Minggu depan nak balik dah weyy. Bawok nyaborr. 

Sebelum exam ituari, memasing busy mintak tips/hint untuk final exam dekat lecturer. Masuk je kelas, puan/sir tak ada tips ke untuk kitorang ni? Kuikui. Memang bab ni kami tak malu pun.

Bila ada kelas revision je kelas full. Mengharap lecturer bagi tips. Free marks untuk yang datang kelas penghujung sem. Sebab time-time macam ni selalunya syllabus dah habis. So, nak datang taknak terpulang. Hakaqqqq ni rajin. ececehh. Masuk kolam renang sendiri. Eh?


Bukti pergi kelas revision. =P

Aku nih bukan jenis rajin sangat nak menyalin. Kengkadang tulisan aku sendiri pun aku tak paham. Doktor sangat tulisan tu. Masing masing bawak henpung, iped, teb. Amek je gambar. Senang. And gambar atas ni memang gambar ohsem. Sebab mmg yang ini keluar exam. Tapi aku tak boleh jawab. --"

Apa pun. Time belajar ni lahhh sebenarnya nak rasa banyaknya rehat yang kita dapat. Banyaknya leisure time yang kita ada. Time dah keje kena ikut office hour. Kalau outstation memanjang? Haruu mak. Enjoy life sebagai student. :)

Bila result nak keluar ni? erkk. Kbai.

25 September 2013

Jalan Jalan Ikut Kaki

Assalamualaikum!

Hellooooo guys. Hari ni hari rabu. Baru hari rabu. Kenapa rasa macam lambat je masa berlalu. Ke aku sorang je rasa macam tu? Yuppp, sebab aku melopong je duduk ghumah.

Get back to the topic. Orang kata. Oranglah kata. Kalau ada tahi lalat dekat kaki. Uolsss memang kaki merayap. Betul betul? Masing-masing tengok kaki. Hahaha. Aku takyah tengok. Sebab memang ada punggggg. --"

Memang sebulan sekali. Aku mesti meghajinkan kaki ni menapak dekat KL. Naiklah ktm ke lrt ke bas ke. Memang sampai. Nak jimat minyak lah katakan. Eheeemm minyak dah naik doposen ehemm. Okaaay.

Aku tak lah menyopping diri sangat kalau pi KL. Selalu dok tengok wayang, makan. Tu je sebenarnya. Melainkan memang nak beli pape aku dah tetapkan budgey untuk dibelanja. Iskk. Ikut hati wallet kering. Ehh.

Last week baru je gi KL. Aku duduk tepi tepi KL jeee. So naik ktm sampey sudaaa. Target aku ituari nak beli handbag bowler. Trend dah kot. Kahkahkah. Tapi memang aku teringin nak beg tu. Senang bawak.

Budget untuk beg actually dalam rm60. But aku just dapat beli dalam rm40 sahaja. Lagi rm20 dapat beli bajuuuu. Huntunggggg berjalan kat KL. Kuikui. Harga macam ni valid dekat sungei wang, timesquare dan seangkatannya.

Sooooo. Make sure bila berjlan tu. Nak menyopping. Tetapkan budget. Jalan amek-bayar-amek-bayar je hakaqqq. Hihi. Panjang karangan aku. Dah lahh. Banyak sangat kang jemuusss. Bubaii. Errr nak tempek gambar beg. Buley? :p

24 September 2013

Cuti-Cuti Dalam Rumah

Assalamualaikum!

Gigih I bangun pagi-pagi. Bukan nak update blog sebenarnya. Nak check email sebab lecturer send evaluation untuk lab partner. Iskk, kenapalahhh tak di bagi sebelum cuti ari tu?

Oh oh anywayy, since Syufa baru je cukup umur. Ehhh. Ahahaha, nampak? So, marilah kita bersama-sama mematangkan fikiran. *haahh sudahh*

Syufa holiday just untuk 2 minggu je. Bila masuk IPTS memang jangan haraplah nak cuti lama2 kan. Bukan main lajuu satu sem habis. Every sem 14 minggu sahaja. Kalau ada cuti pun, still termasuk dalam 14 minggu tu. Sedihhh okay? Study week non hadoo. Lagi sayuuuuu~ --"

Cuti kali ni, no holiday holiday gi memana, sebab kena tolong family. Since my sister getting married this october. Baaaaaaaaanyak nak kena tolong. Macam aku pulak nak kahwin. Ahah!



Anyway, bila dah masuk third year of learning, HA'AH jahhh dah third year dahh. Busy dengan projects. Errrr do we call that project? Kalau dok design design? Project lah kan? Up sikit bunyiknya. Berkesempatan jugak lah diri ni merasa design design. But mostly yang didesign tak berapa memuaskan. Kena mintak tolong dengan yang pakar.


Lepas tu kena present depan lecturer, macam biasalah. Yang tak biasanya bila kena present dalam bilik, sorang-sorang. Bukan masuk semua. Sorang-sorang je masuk dalam tu. Berdua dengan lecturer. Dapat pulak lecturer suka menyakat. Memang kecut perutlah kann. Iskk. Tetiba rasa macam dipermainkan. Ahahaha.


Anyway, tak ada apa sangat nak dicerita pagi ni. Nanti kita update lagi yek? Tataaaa~



15 September 2013

Dah Setahun ke?

Assalamualaikum peeps!

Long time no update haa.
Busy busy memanjang. I know, alasan ni tak boleh diterima.

Semua orang pun busy kan? Arghhhh, I am vellyy velllyyy sollyyyyyy~ Dah masuk third year study, yes, project berlambakssss. As the time goes by, many things happen. I'd gain many experience!

Actually I'm in the middle of my fnal examination, butttttttt not to worry. Rabu minggu depan habis! So in the mean time, still have to berkabung from blogging. Huwaaa.

Seriously rindu nak update. SERIOUSLY!

Just don't forget me pleaseee. Banyak nak dicerita ceriti. Iskk. Till then kawan kawan.

----<---@

05 April 2013

I'm in the middle of nowhere!

Assalamualaikum kengkawan yang comel/kacak/cun/tampan etc!

Dihari Jumaat yang mulia. Marilah kita beramai-ramai post entry. Ehh. Esok cuti. Hujung minggu! Bestnyeeee! Korang pi mana? Gi detim detim letteww~


Okay, start 2 hari bulan hari tu. I'm officially starting my Herbalife again! After berapa tahun dah tinggalkan. But I able to maintain my weight since then. And I need to lower it lagi until 56kg, which is my ideal weight.


Instead of nak capai berat yang sepatutnya, I juga nak mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi pada jantung. Yes! I'm a normal weight person, but jantung I byk kolestrol. How scary is that?


Kita tengok result dia nanti. After a month I consume Herbalife okay? And dikesempatan ini.

Nak promote shawl yg I jual. RM25 INCLUDING POSTAGE! Yes. Beli lebih lagi I bagi diskaunnn u know? Hikhik. Ni warna yg available. :)




Yang no. 2 dari kiri sebelah atas sekali dah sold out! So, lemme know kalau nak ye! Boleh pm me dkt my fb : https://www.facebook.com/syufaa.husain?ref=tn_tnmn

Have a good day peeps! ;)


31 March 2013

Busy Like A Bee!

Assalamualaikum!

Hello peeps! Sebulan tak renung blog. What happen? Nothing. Just tak boleh nak seimbang jadual kerja, rehat, and berniaga. WHAT? Yes, berniaga. Uhuk2! I'm currently selling tudung/shawl. Disamping melepaskan geram membeli tudung/shawl. Why not I share with others apa yg I pakai kan, instead of membeli!


Ada jugak untungnya! Weeeeee~~


If you guys rajin, follow my shop instagram : lovelyhijabhouse ,
also if dkt fb I will post the hijabs in my sister's shop : cuteannashoppe


In instagram, I'm currently doing a clearance and selling all my preloved items! (available lagik tahu?) Mari meramaikan majlis. eh bukan, shopping dekat my shop! Teheee.

^_^

01 March 2013

5 Cara Untuk Shopping Secara Berhemah

Assalamualaikum! Salam jumaat yang barakah. Moga kita diberkati olehNya. Amin! InsyaAllah. Okay hari ni saye nak share some ways untuk elakkan diri kita dari shopping secara gelojohnya. Including me. Advice for myself also.


1. Bila dah dapat gaji, sila jangan gelojoh buka online shopping website (eg : The Poplook, Zalora etc.)

Lol. Hahahaha. When I get my salary for the first time. Memang tidak dinafikan first website yang saye buka adalah The Poplook! Tak salah pun, cuma bila kita buka website-website yang sememangnya dan terbukti mempunyai baju yang sangat cantik, anda akan tergoda. Trust me.


2. Sebelum gaji, fikir-observe-survey-baru lah boleh beli!

Bila dah observe, kita dah boleh target baju, kasut, etc yang kita nak beli. Usually for me. I try to find baju. kasut etc yang tengah sale, atau clearance. Hahaha. Sayang duit. T___T


3. Long-term, short-term, long-term, short-term. =.=

Especially untuk yang baru mula kerja, yang simpan duit untuk kahwin, yang sememangnya sangat boros! Guyssssssss, please make a list. List untuk apa? List untuk expenses yang paling penting untuk dibayar every month. Such as, kereta, api air, sewa dan lain-lain. Yang nak berjimat cermat nak kahwin. Cuba tahan nafsu anda, demi mencapai majlis perkahwinan yang anda impikan. ;) (berangan nak kahwinn)


4. Tak salah membeli, tapi make it worth it.

Bukan satu kesalahan untuk membeli, yelah duit kau kau punya, aku aku punya. Memang pun. Think logically cukuplah. If you only have 10 sen. Kuih pun tak dapat beli. Same goes to your salary/your allowance per month. Try to make it simple, example, rewarding yourself one a month. Boleh lah kot kurangkan


5. Asingkan duit, simpan duit, selit duit.

Saye selalu buat benda ni. Asingkan duit untuk kegunaan harian, and yang nak beli apa-apa simpan dalam bank. Bila nak guna baru kuarkan. Then, selit duit dekat dalam purse. Bila emergency, boleh guna. Tak kisahlah guna untuk apa pun. Up to you, but at least both of it, dah diasingkan. :) GET IT?






Cantiknyaaaa! Hihihihi. :P

27 February 2013

[Review] : Reward For Me

Assalamualaikum! Hye kawan-kawan. How are you? Good? Alhamdulillah. So today, I would like to share with you guys some of product that I use, and I really love it! Dua je pun.


Both of the product are from Sophie Paris Malaysia. I think most people dah tahu pasal Sophie Paris ni. So including me, I'm just suka-suka nak cuba pakai produk dorang. And it is so nice.


First product is the Body Butter. I choose the strawberry one. Rasa nak makan cium bau dia. Gosssh. Very like it. Memang sangat lembap. Wangi. Bau dia tahan lama. Like today, I wear it at 9.30 am, and now dah pukul 1.45pm. Still, bau dia wangi lagi.


This is how it looks like..



The price is only RM12.50 (Semenanjung). If jadi ahli, dapat murah lagi! :D


The second product is Lipstick. Tak ingat nama dia apa. But memang wangi, lembut je. I bought the satin lipstick. But unfortunately my lips is not so suitable. Need to take care of my lips first then I can wear it again. I'd wear it more than once. Tapi untuk mencapai kepuasan bila pakai, I leave it first. :) But memang smooth. Love it!




Luar dia simple. Dalam dia, awesome! If you wanna buy this, just roger2 me okay! :) For more product list, feel free to visit Sophie Paris Malaysia. :)

p/s : waitinggggggg. zzzzzzz T____T



24 February 2013

[Resepi] : Chilled Cheesecake (First try!)

Assalamualaikum. Ye tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik. Hari ni blog saye adalah fully occupied untuk resepi yang sangatlah special, sedap, dan speechless! Walaupun first try ni sedikit tak menjadi, which means ada sedikit slack, tapi rasanya tidak menghampakan! Hahaha.


Ini adalah resepi cheesecake yang tidak perlu dibakar, hanya sejukkan dalam peti sejuk. Just beli bahan, dan buat sendiri. Kalau malas beli je lah kan. Luckily saye rajin. So, saye try buat untuk dinner dengan family malam semalam. Dan, memuaskan!


First adalah bahan-bahan dan cara membuat...







Penggunaan biskut marie boleh ditukar kepada biskut lain yang dirasakan sesuai untuk buat lapisan bawah cheesecake.

Description untuk every gambar adalah di atas gambar, bukan bawah gambar. TQ.

Okay, mula-mula, hancurkan biskut marie, boleh hancurkan guna cara manually atau auto. Manual : ketuk sendiri guna alatan yang selamat. Auto : blendkan saja. Nak kuruskan lengan bolehlah tumbuk sendiri macam yang kami buat ni. :) 

Boleh nampak perubahan kehancuran biskut tu ye. Kalau biskut tak cukup manis, boleh tambah gula kastor. Tu sebab dalam resipi ada gula kastor.




Next, cairkan butter. If nak biskut betul-betul melekat, tambah sikit butter. Then, dah cair, campurkan butter cair tu dengan biskut marie yang dah tak ada rupa marie itu. Kacau-kacau kan. Then, tgk dia cukup melekat atau tak. Jika masih lagi terlerai, topup lagi butter cair. 

Lepas tu masukkan campuran biskut dan butter cair tu ke dalam dulang. Tekan-tekan dorang nih bagi padat, cepat, mesra, mantap! Kemudian, simpan dalam peti sejuk sementara nak siapkan lapisan cheese nya pula.




Okay, ni lah rupa creamcheese yang belum dipukul. Ikut korang nak guna creamcheese jenama apa. Saye dah biasa guna yang ini.




Next, pukul creamcheese ni tadi dengan gula icing. Supaya creamcheese tu boleh behave, cair dengan cepat, dan maniskan sedikit creamcheese ni. Sebab cream cheese ni tawar sesangaaaaat. 




Next, bila creamcheese dengan gula icing tadi dah agak mesra, dah cun-cun je rupanya. Dah licin sikit kan rupa cheese tu. Senang kata, dah kembang. Masukkan pula whipping cream. Pukul lagi sampai dah sebati. Korang boleh tambah jus lemon untuk kurangkan sedikit bau cheese. Kadang-kadang orang tak suka bau cheese yang kuat. Cepat muak. 

Oh, jangan lupa, sementara tengah pukul tu, buat gelatin pula. Gelatin tak boleh buat awal sebab nanti dia beku. So, dah nak masukkan baru buat. Pukul adunan cheese tadi tu sambil masukkan gelatin.




Slowly, korang akan nampak perubahan dekat cheese tu. Dia jadi sangat gebusss dan licin kilat! Maksudnya adunan cheese korang dah siap! Yeaaaaay! So, amek balik dulang yang korang letak dalam peti sejuk tadi tu, kuarkan. Masukkan adunan cheese tadi. Ratakan baik-baik ye. Kasi cun je.




Dah cun, halus je nampak kan kan? Jangan makan lagi. Harap bersabar ye. Masukkan dalam peti sejuk balik. Biarkan dia selama 4-5jam untuk kepuasan maksimum!




Biar dia rehat. Dah kena pukul kan tadi. Sian. Dan hasilnya.... saye punya cheese dengan biskut tak melekat. Dan biskut saye tak attach dengan each other sebab tak cukup butter. Maka lahirlah cheese-kut dari kami. Hahaha. Tapi jangan pandang rendah pada rasa dia. 5 star tahuuu? 




Memang sedap! Boleh try kalau rajin. Kalau malas dok diam-diam. :) So, saye hidangkan macam ini. With blueberry sauce. Jem pun boleh. Hiasan sahaja. Tak nak letak apa-apa pun boleh!



I'm drooling right now. Walaupun dah makan berkeping-keping! Woaaaahh! Ayuh makan cheesecake! :P

Selamat mencuba!

p/s : Next recipe. Hmmmmmm. Think think! :)


22 February 2013

Six Days A Week

Assalamualaikum! Haluu. Hari ni hari jumaat. Alhamdulillah still bernafas. But hari ni dan hari semalam sangat mencabar kesabaran saye. Why? Both days. Bila nak pergi kerja. Jem. And dua-dua hari tersebut jem, disebabkan oleh accident.


Boleh tak anda-anda semua. Please drive carefully! Malam tadi pun jem juga masa nak balik dari kerja. Lori dengan motor. Phewww. Can't stand looking at the victim! Tak tidur malam tahu? I'm going through the same road, pergi balik kerja. Enam hari seminggu. Isnin adalah off day!


Semalam masa nak pergi kerja jem sebab banyak kenderaan plus accident. Ramai pula yang amek kesempatan, cilok-cilok. Not good! Tambahan yang cilok tu pula lori yang sebesar gajah!!! Tolonglah sedar diri. Anda tidak layak. T_____T


Lihatlah ketidaksopanan mereka..



Saye yang kerdil ni pula kena himpit. Alhamdulillah nothing bad happen! Rasa nak hon je. Even I kecil. Hon I bunyik macam hon lori. Serious! Not joking. Muahahahaha. 


Please guys. Even nak kejar pergi mana-mana just drive carefully! Biar lambat asal selamat. Bukan nak mengata ke apa. Yang terasa pedasnya I'm very sorry to say. Yang kereta besar-besar tu. Jangan bazir minyak bawa laju-laju. Cc korang besarkan? 2.0, 2.2, 1.8. etc. Jimatlah minyak tu. Jangan laju sangat, jangan lembap sangat. Be moderate. Consider keselamatan orang. Tak fikir keselamatan orang pun, fikir diri sendiri sudah. Okay? =)


Selamat berhujung minggu lah ye. Till then.


A quotes from me....and also my face! HAHA..


p/s  : can't wait for tonight! nak buat chilled cheese cake. just chill, non-baked! resepi sini.


21 February 2013

I'm A Lover, Very Loyal Lover

Assalamualaikum! Yeay! Menggagahkan diri bangun awal pagi dan tak tidur lepas subuh. Berjaya juga. Demi nak update blog. Bukan apa, sementara idea dah mari tu. Luahkan je dari peram. Ye dak? Speaking of peram. Suddenly I remember something yang dah lama tak digunakan. Iskk.


Kasihan dia. Sejak ada Miss Tuty, terbiar pulak. Sebab apa, malas nak bawa kot. My sssssooooooo lovely-cute little camera. Pagi-pagi buta dah pi masuk bilik mak, korek kotak barang-barang pindah rumah hari tu. I found it! Howwww come saya sanggup biarkan camera ni berhabuk! Teruk! T___T


Meet my Samsung PL151.




I bought this camera in 2009 if I'm not mistaken. I bought this camera sebab features dia lebih kurang macam Samsung Galaxy Camera. Which Galaxy Camera waaaaayy too modern lah kan of course. Boleh wifi bagai. I attracted with the feature yang dia ada front camera. Sangat sesuai dengan my attitude yang sangat suka selca. (homaiii mula dah) Selca stands for self-capture.


Sedang membelek-belek camera ni. Cuci kasi buang habuk. (fuuhh fuuhh) Baru perasan. Am I a Samsung gadget collector?? Since 2009 I've got three samsung's product. My external harddisk from samsung, my camera also from samsung, and latest my phone also from samsung. Woah! Woooaah!





(pandang tiga benda itu selama lima minit sambil kelip-kelip mata)...


Okay back to reality. Yesss! So, I wonder. What samsung's product will be mine next? Muahahahaha (gelak evil gila, nak perabis duit lettewwww~~) .


p/s : flu flu flu. please go away. don't come again another day. srootttt srrroottt~ (amik tisu hembus hingus) Nak ipad mini? Klik sini.


20 February 2013

Things That I Do When I Get Bored

Assalamualaikum and greetingssss everyone. Wowwwwww, seriously lama tak update blog. Busy lah kot. Alasan yang mungkin sangat typical but please accept it okay? :)


Anyway as the days goes by, now I'm getting familiar with my work life. Not real job, but such a nice experience for me. And I begin to identify, when is my free time, when is my busy time.


Dan bila saya dapat update blog, FREE lah tuuu. YES! (sambil usha kiri kanan)

Dan dan bila saya ada free time, saya sukaaaaaaaaaa sangat bukak web-web yang sangat disukai ramai. When my spelling is long. I really mean it. Saaaaaaaangat suka. (sorry for my attitude. iskk)


Lemme share with you guys. Some of my favourite website. Caution : website ini memerlukan anda 'menderma' sekiranya anda tidak tahan godaan.

1
website untuk girly girly yang sangat menjaga kulit muka. I found this website when I read FatinLiyana's blog. Tak pernah beli but akan beli. (see, itulah derma =_= )

2
website yang bagi semua orang juling. mata berpusing-pusing. sebab tengok kemurahan produk-produk dan tiket-tiket melancong yang affordable. prices are reduces to the MAX!  

3
website yang seangkatan dengan groupon but lebih kepada produk-produk, macam handbags, perfume, etc. juga akan membuatkan mata anda terbuka luas. dan tergoda. trust me. hoho



Jadi, sebelum buka website tu semua, sila check akaun cimb/maybank etc anda. Sekian. (You know what i mean)


p/s : dah nak gajjiiii! Alhamdulillah, and have chance to treat my family to KL Tower. HAPPY! :)


03 February 2013

Teaching Experience : Day 2,3,4,5

 thank you mr tumblr

Salam. Hey there! 
Lamaaaanya tinggal blog.
Padahal baru baper hari kann. 
Okay let's proceed.

Experience dah baper ari keje not so bad.
Dah semakin faham kerja yang nak kena buat.
But the only thing yang menjadi masalah bila I'm not a creative person.
 Still can't think what is the best way to make them understand the subjects.

 I still have problem on :
How to make the notes interesting and efficient for them.
How to teach effectively.
How to make them easy to understand.
What I must do to make them do their homework.
What are the things that I have to be alert with.
.
.
.
.
.
.


Much more, but I think only me knows what are the solutions.
Ohhh, please.
Ya Allah, give me some strength and ways, let me do my job more efficiently,
and mostly, I pray that may the knowledge that I share with my students able to help them,
now, later, and forever. Aminn. :')


p/s : more preparation for the next class. my exam results? just nice. Alhamdulillah. :)


31 January 2013

BCard Ittewww Hape?

Warning : Entry hari ni mengandungi gambar yang extra-besaq punya. Sorry kalau lambat loading. Hikss, dengki tauu. :P

Salam, hello guys!

How's your day today?
Mintak-mintaklah everything okay ye dakk.
Aminnn Aminnnnn.

Okay, entry hari ni saje nak cite pasal Bcard ni.
Korang pernah dengar? Tengok? Pegang? Takk?
Takpe, ari ni kite promote Bcard!
Muahahahah, asyik promote je keje aku ni.


Camni lahhh ghupenye sang Bcard ittewwww~ (macam fifi hotfm)
Aku rasa Bcard ni dia banyak adik-beradik lahh.
Yang ni aku apply dekay KRR, ecehh nama pendek tau.
Tapi kena la bayar RM10 untuk seumur hidup.
Hari tu aku gi beli mapin (muffin) kat dorang.
Dapat la less dari RM13++ jadi RM10.

Yang ini dekat KRR kan.
Kejap....


Haaaa tengok. Yang ni dekat Chatime.
Aku apply sebab aku gilaaaaaaaaa minum Chatime.
Untunglah aku tak gila lagi.

Konsepnya si Bcard ni adalah bila korang gi kedai-kedai terpilih nanti.
Korang boleh la guna BCard ni untuk kumpul point.
Dah kumpul point berjuta-juta lemon kan kan, boleh lah di redeemkan point tu sume.


So, apa lagi.
Pergilah anda-anda semua mengapply.
Swipe, Collect, Redeem !
Hendaklah dinyatakan bahawa anda-anda semua boleh redeem online items-items yang terpilih dekat
Nak redeem dekat outlet-outlet dia terus pon boleyyy~
Kalau rajin sikit baca la pape yang patut dekat web dia tu.

Senarai kedai-kedai, tempat-tempat yang boleh guna BCard ni..


Ini la motif aku buat gambar besar-besar.
Sebab nak kasik nampak-jelas-lagi-nyata outlet yang terpilih.

Kesimpulannya :
Jangan apply BCard ni banyak-banyak.
Sebab satu BCard dah boleh guna untuk semua outlet.
Bezanya, kalau korang apply dkt KRR, ghupenye KRR punya.
Kalau apply kat tempat lain, lain la ghupe dia.
Tamak aku ni. T__T
Kalau dia suh bayar, tu sebab kita apply dari outlet.
If nak free, boleh apply online.
Okay?

p/s : hari ni result keluar! apa la gamaknya result aku? iskk =.=

29 January 2013

Teaching Experience : Day 1

 
source : tumblr


Salam, and halu!

Menaip untuk entry malam pula.
So, as today is my first day of teaching in a tuition.
I guess, I should share what I feel, what I've done today.
From 3pm until 9.30pm.

From what I saw, I heard :

1. Students yang datang tuition tu mostly primary students.
2. Most of them are chinese and indian.
3. They come to learn and understand.
4. Some of them are so naughty.
5. They can't stay at one place, always jalan here there.
6. The teacher was so strict yet knows how to tackle back their student after scolding them

From what I learnt, conclusions :

1. I'm not a strict person, I must learn how to be.
2. My voice are too soft yet I can't talk loudly. Means I need to approach them face-to-face.
3. Always get ready dengan bahan-bahan untuk mengajar before ajar.
4. Make sure you know, before you tell.
5. Be VERY-EXTRA patience with them.
6. Need to polish my primary and secondary school knowledge.
7. Teaching in a tuition is not the same as school.
8. I need to know all subject, NOT one.
9. Try hard to give them the best knowledge.
10. Usaha, doa, tawakal.
11. Ikhlas mengajar dengan niat kerana Allah SWT. ;)

Okay, that's it for day 1.
Stay tuned for more. 
Oh yes! Feel free to share your experience, TQ!
Peace yaww! Hikss ;P

p/s : tired but I think I must ignore my tiredness and try to understand this job. :)

Mulut Orang vs Mulut Tempayan

gambar tak ada kaitan dengan entry :D

Salam, hello!

Syukur Alhamdulillah, still breathing.
Well well, what's going on here.
The title is kind of Hot-And-Cold kan?
Macam lagu Katy Perry lak gituu.

Ehem, back to the topic. *__*
As we live, our age are gaining year by year.
Banyak experience yang kita dapat.
But it is cool to have some bad experience, tak sume good.

Let's start with some definition ;
Mulut Orang : mulut manusia, able to talk, eat, breathe etc.
Mulut Tempayan : always terbuka, banyak benda boleh masuk dalam tu, etc.

Ada persamaan between both mulut ni.
Dua-dua terbuka.
Tapi, mulut orang kind of dangerous rather than mulut tempayan.
Selalu dengar orang kata "mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang?" ishh.

Yeah, susah untuk tutup mulut orang.
Plus, yang dah lali bercerita pasal orang, cerita dekat orang sini, sana, sinun.
Well, I'm not pointing out this topic to anyone but just wanna share some experience.
Experience of having "back-talk" friends.

 Kadang-kadang kita tak cerita pasal personal things kita dekat orang.
Suddenly, orang yang kita tak kenal, tak rapat, know about those things.
Panas taaaaakkk? #_#

You know what, from what I've learn from my previous experience.
I just let the thing goes on, I do nothing about it.
Just sit back, and watch that person doing his/her job. 
Jadi posmen karat. Tak ada kerja lain.

But, as the time goes by, things get back to normal again.
Tapi still affect our relationship.
Not so close then, and I try to get away from that person.
Try to do my own things.

Doesn't talk so much, until the day I moving out.
I admit that I pernah memberontak, not talking to them.
Going back home late to avoid them, but...
It wasting my time. Then I become a "dry-hearted" person.

Dan, the result. Sangat best.
They have nothing to talk about me.
I didn't talk about them.
Goshhhhhh, amazing feeling.

Guys, my advice.
Just do your thing, don't talk so much to them.
If you talk so much, you'll be hurt. Just wait and see.
Been in that situation many time.

IF you're staying with them, try to get yourself out from there.
PLEASE!
Jangan bebankan diri sendiri. Sangatlah tidak berbaloi.
Okay lah, till then.

Tak best pun, but thanks for those who spent their time to read this. :)

p/s : I felt so much thankful, grateful. I've run from them. Even for a short-time.
 

28 January 2013

I'm Addicted With It!



Running man!

Watched this reality game show since last year.
My encik introduce this show to me.
And, terjebak.
By the way, this show really catch my attention.

Until now, they've produced until 128 episode.
And I have until ep 125.
And waiting for the latest 'stocks' from my encik.
Hiks! :P

Highly recommended for those yang suka reality show.
Not recommended untuk orang yang banyak songeh!
Pftttt T____T

You can watch the show online and foc at
They also have other reality show.
Enjoy!

p/s : nobody is PERFECT man!

Picnic Time!

Salam, haluuuuuuuuu kawan-kawan.

Thank you for coming to this blog even tak baca pun.
I know some blogger suka datang blog then tengok gambar je.
Too bad, I love writing. So sila baca.
Muahahahaha.

Anyway today is monday a.k.a public holiday.
So, whole family gather around pergi Hulu Yam for a picnic.
But I didn't bring my shirt or any extra clothes, sangat rugi.
Rasa macam nak terjun dalam air yang sejuk tuu. Arghh.

Nevermind, lain kali boleh pergi lagi.
Maybe we can do a barbeque-ing there. Interesting isn't it? :)
Really relaxing and peaceful there.
The parking rate is only RM3.

Got chalet also. Nice one!
Only RM80/night. For me harga tu sangat reasonable lah for one family.
Kalau pergi sorang sangat pelik ye, seriously apa kau buat dekat situ sorang-sorang?
So, it is so nice even just for a few hours.

Captured moment...



Okay lah, will update again later. 
Tata for nowwww :)


p/s : tomorrow, training for me. seriously don't have any idea. emm emm. how? T_T

27 January 2013

Introducing ..... =)

Salam, hey there!

Nice to see you guys again!
Cakap macam face-to-face je kan.
Anyway, akhirnya Alhamdulillah having another chance to update this blog again.
Dengan bantuan encik Tuty saye.

Kenapa Tuty namanye?
Sebab dah ada miss Tuty, so kena ada encik Tuty.
And both of them white in colour.
I think dari dulu my gadget putih. T_T

Soooooo, meet my encik Tuty.



8GB, Wifi/USB broadband, rechargeable, dan yang paling penting portable.
You can bring it anywhere, just turn it on, keep it in your handbag.
And tahan untuk 6 jam. Make sure bila dah abes tu charge. 
Feature dia macam handphone, ada bateri of course.

Eceeeeh, macam dah promote maxis ni. *boleh dapat royalty tak, hihi*
Setakat ni memuaskan la servicenye.
And and, MAKE SURE TO ASK THE MAXIS WORKER ABOUT YOUR PLACE COVERAGE!
Jangan dah beli nanti baru nak hegeh-hegeh complain itu ini okay?


Selamat mencuba! HAHAHA. 


p/s : is it sunday today? oh i guess tomorrow is not a monday blues. cuti kan? :P

15 January 2013

Officially Ended!

Salam guys,

Yes, my exam finish today!
But I've updated my blog early.
Belum end lagi la pun sebenarnya.
Pukul 12 nanti YES YES!

Masa update ni, pukul 5.49am.
Study la kunun, tak tau dah apa nak sumbat.
Redha je la jawab ni.
Janji dah usaha kan?

Any way, pray for my last paper today!
Till then!






p/s : tak sabar nak marathon tidur puas-puas. T___T

12 January 2013

Half Way To Go

Salam,

Hey peeps. How's your day?
I'm half way to go for my final examination.
Instead of having my examination, I try to get a part time job.
It's gonna be a bored holiday if I didn't try to get any part time.

Just got a feedback email from a tuition center.
I've email my resume and SPM to them, and got short listed for an interview!
YEAY, Alhamdulillah.
But too bad, I can't attend the interview.


So I've asked them to postpone the interview for me.
I am really really interested for the job they offered.
Well, just can wait for their feedback.
Till then, need to continue my revision. :)





from google


p/s : i just have to watch their attitude for another one week :)

Ready or not?




"aku kan pergi,
pergi ku tak akan kembali,
tiba masanya,
kau cari teman pengganti..."


p/s : sometimes life is just about getting ready. ;)

05 January 2013

It Starting Again

credit photo


at this time, try to love all books
keep researching
menelaah sebaik mungkin
all the best for final exam next week
you can do it syufa :)

01 January 2013

Welcome back? Maybe.

Assalamualaikum and hello world!

First of all, Alhamdulillah and am very thankful for this chance again. Omoooo dah lama tinggal dunia blog ni! Guess what, nak buat coding pun terkial-kial. Dah berkarat dah ilmu blog dulu. Really need to polish it back! And hope that I can continuously updating this blog time by time. Waaaah, am I a different person dari syufa yang dulu? Nahhhh, I'm still me. :)


Nearly a year, and now here I am. Last post blog dulu tak ingat, but yang I ingat blog tu I tutup hujung tahun lepas. Hujung tahun ni buka balik! Awesome feeling isn't it? HAHAHAHA. Okay stop it. Actually, when I post out this entry, I'm nearly to my final examination. Of course I scheduled this entry.


After habis exam, I coti-coti Malaysia hampir 4 bulan lamanya. Lamaaaaaanya! T_____T


I wish that I could focus on my blog during this semester break, and hope that I can post entry macam syufa yang dulu, maybe a bit different.


Okay lah, sekian lah dulu ye. Later I'll update again! So much story to tell! Till then, tata!



the old blog that gives me much bittersweet memoir :')