16 October 2014

Semester break holiday : To Pulau Perhentian!


Assalamualaikum, very good day to all of you! I'm very happy happy happy sebab dapat pergi holiday dengan kawan-kawan se-bach UNITEN, we went to Pulau Perhentian uolsss! Seronok habis okay, tapi orang kata kalau pergi pulau ni jangan nak seronok-seronok sangat. Heeee why? Entah.

So, kitorang pergi sana ber-enam (Cupa, Nana, Atin, Bella, Mimmim, Wani) semua gegurls, boys not allowed! Bertolak dr KL 10pm la lebih kurang, dah amek orang ni orang tu, isi minyak (naik kereta, tongtong myk, tol, etc) . Sebab weoolss bertolak pukul 10pm? Nak sampai sana sebelum 9am keesokannya sebab bot transfer dari jeti Kuala Besut ke Perhentian adalah 9am & 12pm SAHAJA okay? Ikut chalet mana uolls pilih, dorang yang provide bot transfer tu. Therefore, gambar memalam adalah tidak ada, memandangkan perjalanan waktu malam adalah gelap, penat, mengantok dan DILARANG terkinja-kinja. T___T 

Biru, jernih air diaaaaaaa


Sampai sana lebih kurang pukul 5am, Cupa yang drive sebab my turn masa tu. Main driver Nana (merangkap kakak kitorang :p ) tidur sebab dia dah drive lama. Singgah dekat masjid dekat dalam pekan Kuala Besut tu untuk basuh muka, solat Subuh sekali. Then tunggu until 9.30am, kitorang pun naik lah bot.

Otw to Pulau Perhentian

Naik bot laju, so tudung memang tak ada style lagi. Harap maklum. So, sampai je dalam pukul 10am dekat chalet, masing-masing terus terkam katil, TIDOQ! Sebab aktiviti snorkeling adalah pukul 2.30pm lepas lunch. Ni nak cerita, makanan sanaaaaaa, TIP TOP! Iolls sukaaaaa, sebab sedap! Tak kedekut langsung! Dorang hidang makanan (sbb mmg amek pakej) atas meja, 4 lauk kkkk? Air 3 jug. Nasi setalammm. Memang kenyang! Dah siap solat jamak, lunch, recharge(tidor) kitorang pun naik bot untuk ke snorkeling point.



Ni gambar dah lepas snorkeling, keeeee next point, tak hengat acik ni

Ni first point snorkeling, tempat sesuaikan diri dengan air,
life jacket dan kayuh kaki serupa katak, anjing, etc T____T


Awok ni tak reti swimming, untunglah ada life jacket dengan goggle, itu pun dok berpaut dekat insan-insan yang bersimpati. HAHA! Paling saspen bila kau tengah sedap berjalan dalam air, makin lama kau dah tak boleh rasa pasir bawah tu. Cuak bro! Mula lah panik. The next day tu kitorang snorkeling lagi tapi kali ni tempat lagi mencabar, dekat tengah laut dalam. WHICH IS KAU RASA NAK TERKENCING SEBAB TAKUT! Gilaaaaa gelabah masa ni. Again, life jacket kan hadooo. zzzz


Ini adalah si Cupa yang takut laut dalam, konon je peace 
Ni masa kitorang pi mandi air tawar, habis snorkeling, sejukkkkk!

My pweeen, tengok tangan iollss, pegang orang. haha!

Dekat sini, jangan pikir ada shopping mall, jangan expect ada kedai coklat Hj. Ismail Group macam dekat Langkawi. Hahaha, dannnnnnnn ni yang paling penting. Aktiviti dekat situ adalah mostly snorkeling. No banana boat ke apa kan. Kalau rasa bukan jiwa nature, takyah la gi, rugi pergi situ tapi takpi snorkeling. Preserve island kan, nak jaga kebersihan, coral bawah tu lagi. Kalau rasa nak makan angin, shopping jangan datang sini, melainkan lepas gi Perhentian korang plan nak jenjalan habiskan duit dekat area Terengganu atau Kelantan. Macam weoollss. NO PROBLEM! 


So, i'm really suggesting korang pergi pulau ni, air dia bapak gila punya jernih woihhh! Hahaha, tak habis excited lagi ni. If nak senang semua dah di plan, amek pakej. Takmau pakej, gi walk in sahaja terus pun boleh, tapi make sure time weekdays, macam kitorang gi aritu. Tak ramai, BEST!


Weolls totally in LOVE with this island!