14 June 2015

Seram? | Part 1

Assalamualaikum!


Hari ni nak share story. Asyik cerita jalan-jalan je kan. Meh kita mengimbau kembali kisah-kisah seram yg pernah aku rasa/nampak/dengar sendiri. Takut? Jangan baca. Tak seram sangat kot. Tapi aku memang suka dengar experience orang tentang benda-benda macam ni. Hobi ke? Bukan, Tapi suka. Hehehe. So, let me share to you guys my very own experience. Jeng jeng jeng....



Alkisah....tahun 2007--- masa exam SPM 2007, dekat sekolah teknik dotdotdot :)




Aku ingat lagi, masa tu time study malam. Esoknya paper pendidikan islam. Dorm sebelah aku dorm junior. Dorang dah balik awal lagi sebab dorang dah habis exam kan. So, aku dengan member2 decide nak take over dorm sebelah, buat kubu study sama-sama. Masa tu kitorang berlima. Sebabkan subjek pendidikan islam boleh lah study sama sebab ada yg elektrikal, awam & perdagangan. 



Port aku masa tu sebelah tingkap paling hujung dalam bilik. Bukan tingkap tepi koridor, So means sebelah tingkap aku tu kosong, ataupun senang cerita tak ada ruang jalan pun sebab tingkat 2. Kawan-kawan aku pun amek port masing-masing dekat katil sebelah. Mulalah sesi penghafalan nota etc. Bila dipikirkan hebat juga masa jadi budak sekolah kan? Paper berderet. Dah lah semua bab masuk. Boleh hadam sehari je. Hehehehe!


Okay sambung. Dah study, blablabla, main henpon (warden bagi bawa henpon masa tu) mesej dengan budak aspura (masa tu konon pakwe masing-masing budak asrama jugaa, puihh) dah ngantok la mata masing-masing. Sebabkan nota, buku segala mak nenek alat tulis ada dalam dorm tu, kitorang dah angkut siap-siap semua bantal, selimut, tidur dorm junior tu. Maka tidurlah kami. Tapi mungkin sebab dah plan nak bangun awal pagi ke macam mana entah aku tak ingat, kitorang tidur tanpa tutup lampu pun. Sambung katil, bagi muat lima orang. Sleep!


Ditakdirkan malam tu mata aku ni tak boleh lelap. Kawan-kawan aku dah tidur. So, aku ni jenis bila mata cerah, mata dok melilau tengok keliling. Tengok henpon. Dan dengan tak semena-mena, mungkin 'benda' tu tahu aku tak tidur lagi. 'Dia' mulai buat bunyi. Aku tak reti nak describe bunyi macam mana, tapi asalnya dari luar tingkap je. Lama-lama makin dekat. Aku pulak tidur paling tepi. Memang nice sangat! T________T


Aku genggam tangan kawan aku kuat-kuat. Rupanya, kitorang semua sedar dan dengar bunyi tu. Ingat aku sorang je. Bunyi orang menangis campur mengilai sikit. Kau rasa perasaan aku masa tu? Gigil satu badan! Tuhan je tahu. Macam-macam ayat baca. Tunggang-terbalik. Amazingly, izin tuhan, bunyi tu makin slow. Aku bangun slow-slow intai, tak ada apa-apa pun. Dan kitorang tak tahu bunyi apa, dari mana, dan apa benda. Even kitorang tak tidur sampai ke pagi, namun mata tetap segar sebab kena 'sergah' malam tu. 



Pergi exam, wat rilek je. Tak cerita dekat siapa-siapa sebab memandangkan aku dan kawan-kawan taknak menakutkan kawan yang lain, dan since esoknya masing-masing ada paper lagi. Hidup mesti diteruskan. Ahahaha! 



Alhamdulillah semua dapat A paper pendidikan islam tu. :')



Sampai sekarang kitorang tak boleh lupa. Dah 8 tahun berlalu kot. Bila ingat balik, masing-masing sengih je. Sampai sekarang, apa yang berbunyi tu, tuhan je tahu. :) 



Ada pengalaman yg seram? Share laaaaaaa. Hihi. Next time kita sambung lagi cerita seram part 2.




Till then.


11 June 2015

Floria Putrajaya 2015

Assalamualaikum!

Cerita kepam dah seminggu, baru nak update. Well better late then never kan? Actually floria ni boleh dikatakan event wajib setiap tahun kan? Dah 4 tahun belajar area Bangi ni, ni lah first time aku pergi floriaaaaaaa. Batak sikit laa. :'D HAHAHAHA! Tapi gambar tak banyak pun. Sebab excited tengok dengan mata sendiri. Ada la beberapa je sempat amek.


Meh tengok gambar kita yg selekeh ni. :')

Excited nampak burung bulat ni. Terus amek pegang, tanpa tengok taman ni sebenanrnya.

Kebetulan nampak arch yg cantik ni. Encik tunang amek gambar, katanya nak buat inspirasi utk wedding. Ikut awak lah ye! :D

Banyak je taman lawa-lawa punya gmbr. Malangnya gambar2 tu semua corrupt. Sedihhh. Tak apa lah ada rezeki next year pergi lagi!


Oh ya! Untuk yg rasa nak include floria ni dalam checklist event korang next year, boleh ke Anjung Floria Precint 4 Putrajaya. Memang sini je tempat dia buat sbb tapak tu memang khas untuk floria. Okay okay? :)



Till then!

03 June 2015

Victoria's Secret Bodymist Murahhh!

Assalamualaikum ladies & gents!

Meh la sini kita nak promote sikit. Kita actually ada jual Victoria Secret bodymist, lotion and EDT also. NOT ORIGINAL okay? INSPIRED dari Dubai. But don't worry, bau still sama sebijik, seketul macam original, CUMA! Yang beza ada lah ketahanan bau dia. Original akan tahan 6-8jam dalam sehari. Yang inspired tahan 5-6jam sehari. So, dah hilang boleh spray balik, jangan risau ek. :)



In case, awak cari yang original, awal-awal kita bagi tahu ni. Dekat sini BUKAN victoria secret original tawww. But, inspired which is untuk individu yang teringin nak pakai bau-bauan dari VS yang wangi ni dengan harga AFFORDABLE dan TAK CEREWET. Hehehehe sebab apa, if awak nak original you can buy dari outlet VS terus. Thank you!





So price list!


1 bodymist/lotion - rm30 
2 bodymist/lotion - rm50 
3 bodymist/lotion - rm70 
4 bodymist/lotion - rm90 
5 bodymist/lotion - rm100 
6 & above? Got special price!!!



Postage? Kalau awak duduk SM free postage, SS kena tambah RM5. Nak beli borong pun boleh. Kindly ask me directly ye? Boleh tinggalkan komen untuk order atau tinggalkan nombor awak dibahagian komen. Jgn risau bahagian komen kita private, kena approve baru boleh view, tapi sbb awk bagi nombor kita tak approve komen tu demi privacy awak semua. :)


ATAU...


Boleh follow instagram kita : @our.cupboard


Kita jual inai original juga tawww. Jemput cuci mata. :)


Okay, till then!


02 June 2015

Final semester gives me chills!

Assalamualaikum!

Hello all! I'm back again writing after 4 month of rest! Baru balik hostel untuk last semester dekat Uniten! Yeaaapppp! My last semester and i'm so excitedd nak habiskan cepat. (Well, i'm 25, duhh) So, this semester, i bet i'm not so busy sebabnya ada dua subjek sahaja this sem. Final year project 2 & another elective subject.

Hey! Cepat gila masa berlalu tahu? Jom throwback sikit!


12/9/2012

First day at uniten! I remember clearly this fine day. Mak ayah bawa datang daftar. Such an unfamiliar environment for me sebab suasana campus lain. Dulu utm lain, sebab asrama bukan dekat campus. So, macam bahagia juga la rasa sebab this time asrama dalam campus and dekat dengan fakulti. I choose to continue my electrical engineering course (which is my makcik until now tak percaya aku amek electrical, ohmyyy) Dapat kawan-kawan baru. Best laa best! Hehe.



19/9/2012

Officially ended the orientation. Kemas bilik time masa ni. Sebab seminggu busy, tak sempat langsung mengemas. Penat gilaaa. That time student sangat baik sebab tak banyak songeh. Redha je kena orientasi, bangun awal, tidur lambat. Normal kan? But intake yang baru masuk bulan lepas banyak komplennn. Zzzzzzzz i just don't want to get involve. Manja betul. T___T Beza kk budak dulu and sekarang.



2012-2014

Oh tahun-tahun berikutnya penuh liku-liku cabaran. Waaahahahaha ayat kauu syufa. Kkkkkk. Continue. During those years, the first semester aku rasa amat down, mungkin sebab terkujat masuk degree. Subjek susah sikit dari diploma. I cried to my housemate and decided nak keluar uniten, YA NAK KELUAR. Nangis nangis. Kahkahkah! Hati tisu! They calm me down, give me some positive advices. So, aku continue belajar sampai la dapat result first sem tu. Berapa result aku? The worst result ever! Tak perlu mention sini. :'D

Then, the next sem aku decide nak duduk luar. Ececeyy konon nak rasa duduk luar, dan memang sewa luar jimat but dari segi sewa. Dari segi lain aku memang tak jimat. That time, ayah belikan kereta kancil (terharuuu masa ni) sebab nak mudahkan aku gerak sana sini. But aku duduk luar tak lama, setahun je gitu. Tahun 2013 aku decide nak duduk hostel balik, even sewa asrama mahal, but aku jimat dari segi duit minyak. LEGA!

Then, continue to my other semesters, my result dah makin stabil. Dan aku boleh dah carry subjek subjek. Even tak lahh DL every sem. (memang tak pernah DL punnn) tapi aku still syukur sebab aku masih boleh sambung belajar until nowww i'm in my final semester!

ALHAMDULILLAH!

Ohh dalam semester first tu jugaa lah aku berkenalan dengan seorang mamat yg muka bekeng je. Waaakakakakaaka sekarang dah jadi tunang aku. Kbai.



Seronok sebenarnya zaman belajar ni. Cuma kita nak rasa seronok atau tidak, bila final sem macam aku ni, bila teringat balik semua tu, sengih sorang jadinya. Lepas ni dah nak masuk stage baru. Kerja kerja kerja. Sungguh aku tak sabar nak kerja, but aku tak ready dari segi mental dan fizikal nak bangun awal, nak bertemu klien, etc. Tapi itulah yang aku kena tempuh tak lama lagi. :)


Okay, cukup la throwback. Later k.

Till then.