24 February 2013

[Resepi] : Chilled Cheesecake (First try!)

Assalamualaikum. Ye tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik. Hari ni blog saye adalah fully occupied untuk resepi yang sangatlah special, sedap, dan speechless! Walaupun first try ni sedikit tak menjadi, which means ada sedikit slack, tapi rasanya tidak menghampakan! Hahaha.


Ini adalah resepi cheesecake yang tidak perlu dibakar, hanya sejukkan dalam peti sejuk. Just beli bahan, dan buat sendiri. Kalau malas beli je lah kan. Luckily saye rajin. So, saye try buat untuk dinner dengan family malam semalam. Dan, memuaskan!


First adalah bahan-bahan dan cara membuat...







Penggunaan biskut marie boleh ditukar kepada biskut lain yang dirasakan sesuai untuk buat lapisan bawah cheesecake.

Description untuk every gambar adalah di atas gambar, bukan bawah gambar. TQ.

Okay, mula-mula, hancurkan biskut marie, boleh hancurkan guna cara manually atau auto. Manual : ketuk sendiri guna alatan yang selamat. Auto : blendkan saja. Nak kuruskan lengan bolehlah tumbuk sendiri macam yang kami buat ni. :) 

Boleh nampak perubahan kehancuran biskut tu ye. Kalau biskut tak cukup manis, boleh tambah gula kastor. Tu sebab dalam resipi ada gula kastor.




Next, cairkan butter. If nak biskut betul-betul melekat, tambah sikit butter. Then, dah cair, campurkan butter cair tu dengan biskut marie yang dah tak ada rupa marie itu. Kacau-kacau kan. Then, tgk dia cukup melekat atau tak. Jika masih lagi terlerai, topup lagi butter cair. 

Lepas tu masukkan campuran biskut dan butter cair tu ke dalam dulang. Tekan-tekan dorang nih bagi padat, cepat, mesra, mantap! Kemudian, simpan dalam peti sejuk sementara nak siapkan lapisan cheese nya pula.




Okay, ni lah rupa creamcheese yang belum dipukul. Ikut korang nak guna creamcheese jenama apa. Saye dah biasa guna yang ini.




Next, pukul creamcheese ni tadi dengan gula icing. Supaya creamcheese tu boleh behave, cair dengan cepat, dan maniskan sedikit creamcheese ni. Sebab cream cheese ni tawar sesangaaaaat. 




Next, bila creamcheese dengan gula icing tadi dah agak mesra, dah cun-cun je rupanya. Dah licin sikit kan rupa cheese tu. Senang kata, dah kembang. Masukkan pula whipping cream. Pukul lagi sampai dah sebati. Korang boleh tambah jus lemon untuk kurangkan sedikit bau cheese. Kadang-kadang orang tak suka bau cheese yang kuat. Cepat muak. 

Oh, jangan lupa, sementara tengah pukul tu, buat gelatin pula. Gelatin tak boleh buat awal sebab nanti dia beku. So, dah nak masukkan baru buat. Pukul adunan cheese tadi tu sambil masukkan gelatin.




Slowly, korang akan nampak perubahan dekat cheese tu. Dia jadi sangat gebusss dan licin kilat! Maksudnya adunan cheese korang dah siap! Yeaaaaay! So, amek balik dulang yang korang letak dalam peti sejuk tadi tu, kuarkan. Masukkan adunan cheese tadi. Ratakan baik-baik ye. Kasi cun je.




Dah cun, halus je nampak kan kan? Jangan makan lagi. Harap bersabar ye. Masukkan dalam peti sejuk balik. Biarkan dia selama 4-5jam untuk kepuasan maksimum!




Biar dia rehat. Dah kena pukul kan tadi. Sian. Dan hasilnya.... saye punya cheese dengan biskut tak melekat. Dan biskut saye tak attach dengan each other sebab tak cukup butter. Maka lahirlah cheese-kut dari kami. Hahaha. Tapi jangan pandang rendah pada rasa dia. 5 star tahuuu? 




Memang sedap! Boleh try kalau rajin. Kalau malas dok diam-diam. :) So, saye hidangkan macam ini. With blueberry sauce. Jem pun boleh. Hiasan sahaja. Tak nak letak apa-apa pun boleh!



I'm drooling right now. Walaupun dah makan berkeping-keping! Woaaaahh! Ayuh makan cheesecake! :P

Selamat mencuba!

p/s : Next recipe. Hmmmmmm. Think think! :)


8 comments:

eCha said...

wahh.. nampak sedapp... ^^v

Tinta Lana said...

Allah..sedapnya.. @__@

Unknown said...

uikss sedapnyaaaa.tapikan bukan cheese tu hala ke atas ke?btw kalau rasanya 5 star mesti yummy. :)

syufaa said...

echa : rasa pun sedap!

lana : try la buat. hihi.

nurfahz : yup, sepatutnya mcm tu. tapi sebab biskut tu tak attach dgn cheese, terpaksa tabur biskut atas cheese tu. xnak buang. syg. :)

Amaliena Ros said...

waah..sedapnyer...bila alyn nak bt niey..:)

Shazwani Othman said...

pandainya die buat.. untung dah tak payah beli-beli hihi :)

C i k P i p i T e m b a m said...

wahhh terliurr lahh!

ezy.fia said...

ok.. dh boleh kawen ni..
haha..
kite mls.. so duk diam2 jela tgk awk mkn.. hee