15 December 2014

5 days until the HALF big day

Assalamualaikum.

Been busy for previous 3 month because of the preparations. Bukanlah heavy preparation sangat but since i did all things myself so i need to be prepared. My kakak-kakak also helping me out but not much because they also had their own commitment, so tak nak kacau.


What is the HALF big thingy?


Will update later, tak rasa apa pun since this week i still got tests & assignments to submit!


Till then! =)

19 November 2014

Laaaa Dah Masuk Tahun Empat

Assalamualaikum!


Mula-mula nak bagitahu, I'M ALREADY IN MY FINAL YEAR which is tak excited langsung sebenarnya sebab kawan-kawan kau yang lain dah konvo kbai. T______T Tahun keempat, semester pertama. Subjek semester ni cuma tiga sahaja. I'm not taking my fyp2 this semester, i need rest and more time lah kot untuk ready apa-apa patut untuk fyp2. (dah kecewa fyp1 semester lepas)


Empat tahun, lama gila okay. Sampai dah rasa tepu. HAHA! Serious. Semua orang tanya bila nak habis---dah macam soalan 'bila kau nak kawin' jemuuuu lah orang tanya macam tu. Fyi, disebabkan aku boleh buat jadual sesedap rasa, so aku boleh pilih subjek apa nak amek every semester. Sebab duduk sini rasa macam suffer (sikit laaa) so aku rasa patut aku spend masa lebih sikit, tak amek banyak sangat subjek tiap semester.


Apa-apa pun, this is my second last semester. Tahun depan bulan 5 semester akhir, andddd jadilah daku alumni Uniten (tak sabar). Tapi konvo bulan 8 tahun 2016, tak sempat nak konvo tahun depan sebab bulan 8/9 tahun depan aku still in the middle of the final sem. So, kita kerja dulu. =)


Ehhh anyway, ramai kawan-kawan aku nak kahwin hujung tahun ni. Yang dekat-dekat area Selangor ni mampu la kot gagahkan diri pergi. Yang jauh-jauh, ampun maaf sangat-sangat. Semoga segalanya berjalan lancar okay? Selamatlahh semuanya ye? (doakan aku pun selamat juga?=P )

Till then!

16 October 2014

Semester break holiday : To Pulau Perhentian!


Assalamualaikum, very good day to all of you! I'm very happy happy happy sebab dapat pergi holiday dengan kawan-kawan se-bach UNITEN, we went to Pulau Perhentian uolsss! Seronok habis okay, tapi orang kata kalau pergi pulau ni jangan nak seronok-seronok sangat. Heeee why? Entah.

So, kitorang pergi sana ber-enam (Cupa, Nana, Atin, Bella, Mimmim, Wani) semua gegurls, boys not allowed! Bertolak dr KL 10pm la lebih kurang, dah amek orang ni orang tu, isi minyak (naik kereta, tongtong myk, tol, etc) . Sebab weoolss bertolak pukul 10pm? Nak sampai sana sebelum 9am keesokannya sebab bot transfer dari jeti Kuala Besut ke Perhentian adalah 9am & 12pm SAHAJA okay? Ikut chalet mana uolls pilih, dorang yang provide bot transfer tu. Therefore, gambar memalam adalah tidak ada, memandangkan perjalanan waktu malam adalah gelap, penat, mengantok dan DILARANG terkinja-kinja. T___T 

Biru, jernih air diaaaaaaa


Sampai sana lebih kurang pukul 5am, Cupa yang drive sebab my turn masa tu. Main driver Nana (merangkap kakak kitorang :p ) tidur sebab dia dah drive lama. Singgah dekat masjid dekat dalam pekan Kuala Besut tu untuk basuh muka, solat Subuh sekali. Then tunggu until 9.30am, kitorang pun naik lah bot.

Otw to Pulau Perhentian

Naik bot laju, so tudung memang tak ada style lagi. Harap maklum. So, sampai je dalam pukul 10am dekat chalet, masing-masing terus terkam katil, TIDOQ! Sebab aktiviti snorkeling adalah pukul 2.30pm lepas lunch. Ni nak cerita, makanan sanaaaaaa, TIP TOP! Iolls sukaaaaa, sebab sedap! Tak kedekut langsung! Dorang hidang makanan (sbb mmg amek pakej) atas meja, 4 lauk kkkk? Air 3 jug. Nasi setalammm. Memang kenyang! Dah siap solat jamak, lunch, recharge(tidor) kitorang pun naik bot untuk ke snorkeling point.



Ni gambar dah lepas snorkeling, keeeee next point, tak hengat acik ni

Ni first point snorkeling, tempat sesuaikan diri dengan air,
life jacket dan kayuh kaki serupa katak, anjing, etc T____T


Awok ni tak reti swimming, untunglah ada life jacket dengan goggle, itu pun dok berpaut dekat insan-insan yang bersimpati. HAHA! Paling saspen bila kau tengah sedap berjalan dalam air, makin lama kau dah tak boleh rasa pasir bawah tu. Cuak bro! Mula lah panik. The next day tu kitorang snorkeling lagi tapi kali ni tempat lagi mencabar, dekat tengah laut dalam. WHICH IS KAU RASA NAK TERKENCING SEBAB TAKUT! Gilaaaaa gelabah masa ni. Again, life jacket kan hadooo. zzzz


Ini adalah si Cupa yang takut laut dalam, konon je peace 
Ni masa kitorang pi mandi air tawar, habis snorkeling, sejukkkkk!

My pweeen, tengok tangan iollss, pegang orang. haha!

Dekat sini, jangan pikir ada shopping mall, jangan expect ada kedai coklat Hj. Ismail Group macam dekat Langkawi. Hahaha, dannnnnnnn ni yang paling penting. Aktiviti dekat situ adalah mostly snorkeling. No banana boat ke apa kan. Kalau rasa bukan jiwa nature, takyah la gi, rugi pergi situ tapi takpi snorkeling. Preserve island kan, nak jaga kebersihan, coral bawah tu lagi. Kalau rasa nak makan angin, shopping jangan datang sini, melainkan lepas gi Perhentian korang plan nak jenjalan habiskan duit dekat area Terengganu atau Kelantan. Macam weoollss. NO PROBLEM! 


So, i'm really suggesting korang pergi pulau ni, air dia bapak gila punya jernih woihhh! Hahaha, tak habis excited lagi ni. If nak senang semua dah di plan, amek pakej. Takmau pakej, gi walk in sahaja terus pun boleh, tapi make sure time weekdays, macam kitorang gi aritu. Tak ramai, BEST!


Weolls totally in LOVE with this island!

23 September 2014

Another birthday celebration!

Guess what? Cupa dah abes exam lah! Weeeeeeeyuuuuuuuu! Nampak tak kegembiraan tu? Hahahaha! Alhamdulillah, that's the end of my 3rd last semester in Uniten. Looking forward for my one month holiday which akan dipenuhi dengan aktiviti yang munasabah lagi munasarawak. Semalam lepas habis paper, malam, housemate ajak pergi dinner a.k.a celebrate my birthday jugaaaa. Seronok je rasa ada kawan-kawan yang penyayang nih. (-,-)


So location semalam adalah WonderMama Restaurant & Cafe, Bangsar Village. Masa sampai tu serious laaaa, mata blink blink tengok kedai yang comel, romantik, cozy gilaaaaa! Rasa macam dekat oversea pun ada kkkkkk.


credit to : eatisdaisai.blogspot.com

Seriously cupa jakun gila semalam. Mata tak berkelip tengok keliling. Memang pack kedai diaaa, and semalam Isnin ada diskaun 22% untuk Monday Blue Promo so dapat la kurang sikit kan harga makanan tu. So i choose to eat Creamy Butter Chicker Burger, and i totally make a right choice. Sebab? Makanan dia adalah complete course which is lengkap dengan fries & salad dia dengan dressing salad yang mengancam habis rasa dia. Perghhh, boleh rasa lagi sampai sekarang. Hahaa!

Creamy butter chicken burger...cause i love chicken so much!


Anddddd, sebab tempat tu sangat cantik dipandang mata ni, cupa & housemates cannot stop taking picturesssss sebab sebab sebab..you should go tengok sendiri. Port tempat duduk kitorang agak strategik. So background gambar adalah sangat cantik dan gojessssss!





Kannnnnn kannn? Totally in love. 

Harga makanan situ, according to my budget rm20 seorang lah lebih kurangg sebab price dia average rm10 ke atas. Air dia pun rm5 ke atas. So kalau rasa nak bajet makan tu belas-belas ringgit, ambil plain water pun dah cukup sebab meal dia mengenyangkan. Yang paling sedap smoothie dia like really pekat, but then sekali sedut.....ahhh heaven nya!


the apple of my eyes

Thanks to them for bringing me there! Happy sangat!
Till then. =)

20 September 2014

Si Putih

"Selagi nyawa ini dikandung badan,
Selagi hayat ini masih berdiri,
Selama itu aku takkan henti,
Mencintaimu...Oh My Putih!"



Lagu kemain syufa ni. Lagu ditujukan khas untuk kereta kancil putih milik ku ayah ku. Hihihi. Macam dah jadi trend sekarang budak-budak tengah belajar, dah ada kereta. Orang dulu-dulu berapa tahun kerja baru dapat kereta kan? Nampak tak betapa berbezanya zaman dulu dengan sekarang.







Bukan nak kata budak zaman sekarang manja (tak menangkan siapa pun kkk) tapi kadang tu jadi kemudahan untuk golongan muda-mudi ni. Gunakan dengan niat baik, nak mudah urusan. Jangan nak melaghaaaaa sangat bila ada kereta tu. *melaghaa = buat benda bukan-bukan*


Cupa ada kereta juga, second-hand lah tapi untuk senangkan pergi mana-mana. Ayah pun dah berumur, so tak larat nak drive jauh. Rawang ke Bangi boleh tahan gak laaa lama, dua jam kalau bawak berhemah. Hahahaha! Sebenarnya bila ada kereta ni sedikit sebanyak, i become alert/aware of my car condition. Ececeh. Mohon baca mcm omputih kkk.


Dah dua tahun pakai kereta ni (Alhamdulillah) senang, but as we know kereta pun byk pe'el diaaa. Itu rosak ini rosak. Kereta lama. Anddddddd, orang yang selalu drive kereta tu sahaja yang faham rasa apa yang kurengggg atau tak kena pada kereta tu. Setakat ni problem yang syufa dah kena air-cond nehiii dah (fresh air je skrg), tayar botak habis kuar benang besi (bahaya woi), brake kurang minyak (topup la minyak brake), spark plug, alternator etc! Banyaaaaaaak woi! Hahahaha!


Kena langgar dari belakang pun pernah. Lagi dua hari nak raya. Sedih gila. (T_______T) tapi dah repair! Lawa dah bontot dia. 


Kesimpulannya disini, experience is the best teacher. I learn so much dari si putih ni. Pakai kereta baru make sure you know what is your car condition walaupun baru. Nak harapkan kaum lelaki (somi, bf, abg, etc.) boleh BUT bila sorang-sorang? Haaaaa. Okay sila fikirkan.


Till then. =)

19 September 2014

19.09


"saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun Syufa shi
saeng il chuk ha ham ni da"

Hahaha kau dah kenapa syufa? Nyanyi birthday untuk diri sendiri. Pun boleh lah. Birthday tak birthday sangat laa kan. Macam hari-hari biasa cuma beza nya dah tambah up lagi umur i. I'm 24 this year! Alhamdulillah thank you Allah for another year of my life. Moga segala urusan mendatang berjalan lancar. Amin!


Semalam kawan-kawan buat surprise. After habis exam semalam dorang ajak makan dekat Oldtown White Coffee, Bangi. Rupanya surprise untuk kita! Terharu wey! Hihihi thanks korang, even korang tak baca dalam blog ni, dah baca dalam instagram pun cukuplah kan?


Thank you so much! 





Makanya dengan ini, ada lagi satu paper. Habiskan hari terjadinya diri ni dengan study untuk paper kedua a.k.a paper last isnin depan.


Till then! 

16 September 2014

I miss my blogging world!

Assalamualaikum.

Hello there followers, walaupun tak ramai. I love you guys! (syok sendiri) It is my final years in Uniten guysssssssss. How time flies so fast! Alhamdulillah, just done with my final year 1 presentation. And i hope it will be okay! In the middle of my final examination.

Nak edit blog bagi lawa! Please tak sabar


Please! Dua paper je punnn. :P