24 May 2017

It Has Been Ages!

Assalamualaikum everyone!

Lol! Ingatkan I already lost my blog. Serius tak ingat langsung url blog sendiri. Ohmaigucci. 😂 Well everyone! Dah lama sangat tak update ni. Dah ada anak 1 dah pun. Banyak cerita pending nampaknya.

No worries! 🙄

Kita akan reveal 1 per 1. Story last about me yang mana aku dah bertunang in 2014 kan. So the next story will be cut short. One title with multiple stories. Hahaha!

Oh yes! Nak cerita pengalaman bersalin. Yes i'm so excited to share with you guys about it. Sure pengalaman semua berbeza. So it would be nice if I can share mine. 😘

Okay till then. Kita draft dulu karangan panjang lebar tu. Nanti kita post! Gudbai! 💕

14 June 2015

Seram? | Part 1

Assalamualaikum!


Hari ni nak share story. Asyik cerita jalan-jalan je kan. Meh kita mengimbau kembali kisah-kisah seram yg pernah aku rasa/nampak/dengar sendiri. Takut? Jangan baca. Tak seram sangat kot. Tapi aku memang suka dengar experience orang tentang benda-benda macam ni. Hobi ke? Bukan, Tapi suka. Hehehe. So, let me share to you guys my very own experience. Jeng jeng jeng....



Alkisah....tahun 2007--- masa exam SPM 2007, dekat sekolah teknik dotdotdot :)




Aku ingat lagi, masa tu time study malam. Esoknya paper pendidikan islam. Dorm sebelah aku dorm junior. Dorang dah balik awal lagi sebab dorang dah habis exam kan. So, aku dengan member2 decide nak take over dorm sebelah, buat kubu study sama-sama. Masa tu kitorang berlima. Sebabkan subjek pendidikan islam boleh lah study sama sebab ada yg elektrikal, awam & perdagangan. 



Port aku masa tu sebelah tingkap paling hujung dalam bilik. Bukan tingkap tepi koridor, So means sebelah tingkap aku tu kosong, ataupun senang cerita tak ada ruang jalan pun sebab tingkat 2. Kawan-kawan aku pun amek port masing-masing dekat katil sebelah. Mulalah sesi penghafalan nota etc. Bila dipikirkan hebat juga masa jadi budak sekolah kan? Paper berderet. Dah lah semua bab masuk. Boleh hadam sehari je. Hehehehe!


Okay sambung. Dah study, blablabla, main henpon (warden bagi bawa henpon masa tu) mesej dengan budak aspura (masa tu konon pakwe masing-masing budak asrama jugaa, puihh) dah ngantok la mata masing-masing. Sebabkan nota, buku segala mak nenek alat tulis ada dalam dorm tu, kitorang dah angkut siap-siap semua bantal, selimut, tidur dorm junior tu. Maka tidurlah kami. Tapi mungkin sebab dah plan nak bangun awal pagi ke macam mana entah aku tak ingat, kitorang tidur tanpa tutup lampu pun. Sambung katil, bagi muat lima orang. Sleep!


Ditakdirkan malam tu mata aku ni tak boleh lelap. Kawan-kawan aku dah tidur. So, aku ni jenis bila mata cerah, mata dok melilau tengok keliling. Tengok henpon. Dan dengan tak semena-mena, mungkin 'benda' tu tahu aku tak tidur lagi. 'Dia' mulai buat bunyi. Aku tak reti nak describe bunyi macam mana, tapi asalnya dari luar tingkap je. Lama-lama makin dekat. Aku pulak tidur paling tepi. Memang nice sangat! T________T


Aku genggam tangan kawan aku kuat-kuat. Rupanya, kitorang semua sedar dan dengar bunyi tu. Ingat aku sorang je. Bunyi orang menangis campur mengilai sikit. Kau rasa perasaan aku masa tu? Gigil satu badan! Tuhan je tahu. Macam-macam ayat baca. Tunggang-terbalik. Amazingly, izin tuhan, bunyi tu makin slow. Aku bangun slow-slow intai, tak ada apa-apa pun. Dan kitorang tak tahu bunyi apa, dari mana, dan apa benda. Even kitorang tak tidur sampai ke pagi, namun mata tetap segar sebab kena 'sergah' malam tu. 



Pergi exam, wat rilek je. Tak cerita dekat siapa-siapa sebab memandangkan aku dan kawan-kawan taknak menakutkan kawan yang lain, dan since esoknya masing-masing ada paper lagi. Hidup mesti diteruskan. Ahahaha! 



Alhamdulillah semua dapat A paper pendidikan islam tu. :')



Sampai sekarang kitorang tak boleh lupa. Dah 8 tahun berlalu kot. Bila ingat balik, masing-masing sengih je. Sampai sekarang, apa yang berbunyi tu, tuhan je tahu. :) 



Ada pengalaman yg seram? Share laaaaaaa. Hihi. Next time kita sambung lagi cerita seram part 2.




Till then.


11 June 2015

Floria Putrajaya 2015

Assalamualaikum!

Cerita kepam dah seminggu, baru nak update. Well better late then never kan? Actually floria ni boleh dikatakan event wajib setiap tahun kan? Dah 4 tahun belajar area Bangi ni, ni lah first time aku pergi floriaaaaaaa. Batak sikit laa. :'D HAHAHAHA! Tapi gambar tak banyak pun. Sebab excited tengok dengan mata sendiri. Ada la beberapa je sempat amek.


Meh tengok gambar kita yg selekeh ni. :')

Excited nampak burung bulat ni. Terus amek pegang, tanpa tengok taman ni sebenanrnya.

Kebetulan nampak arch yg cantik ni. Encik tunang amek gambar, katanya nak buat inspirasi utk wedding. Ikut awak lah ye! :D

Banyak je taman lawa-lawa punya gmbr. Malangnya gambar2 tu semua corrupt. Sedihhh. Tak apa lah ada rezeki next year pergi lagi!


Oh ya! Untuk yg rasa nak include floria ni dalam checklist event korang next year, boleh ke Anjung Floria Precint 4 Putrajaya. Memang sini je tempat dia buat sbb tapak tu memang khas untuk floria. Okay okay? :)



Till then!

03 June 2015

Victoria's Secret Bodymist Murahhh!

Assalamualaikum ladies & gents!

Meh la sini kita nak promote sikit. Kita actually ada jual Victoria Secret bodymist, lotion and EDT also. NOT ORIGINAL okay? INSPIRED dari Dubai. But don't worry, bau still sama sebijik, seketul macam original, CUMA! Yang beza ada lah ketahanan bau dia. Original akan tahan 6-8jam dalam sehari. Yang inspired tahan 5-6jam sehari. So, dah hilang boleh spray balik, jangan risau ek. :)



In case, awak cari yang original, awal-awal kita bagi tahu ni. Dekat sini BUKAN victoria secret original tawww. But, inspired which is untuk individu yang teringin nak pakai bau-bauan dari VS yang wangi ni dengan harga AFFORDABLE dan TAK CEREWET. Hehehehe sebab apa, if awak nak original you can buy dari outlet VS terus. Thank you!





So price list!


1 bodymist/lotion - rm30 
2 bodymist/lotion - rm50 
3 bodymist/lotion - rm70 
4 bodymist/lotion - rm90 
5 bodymist/lotion - rm100 
6 & above? Got special price!!!



Postage? Kalau awak duduk SM free postage, SS kena tambah RM5. Nak beli borong pun boleh. Kindly ask me directly ye? Boleh tinggalkan komen untuk order atau tinggalkan nombor awak dibahagian komen. Jgn risau bahagian komen kita private, kena approve baru boleh view, tapi sbb awk bagi nombor kita tak approve komen tu demi privacy awak semua. :)


ATAU...


Boleh follow instagram kita : @our.cupboard


Kita jual inai original juga tawww. Jemput cuci mata. :)


Okay, till then!


02 June 2015

Final semester gives me chills!

Assalamualaikum!

Hello all! I'm back again writing after 4 month of rest! Baru balik hostel untuk last semester dekat Uniten! Yeaaapppp! My last semester and i'm so excitedd nak habiskan cepat. (Well, i'm 25, duhh) So, this semester, i bet i'm not so busy sebabnya ada dua subjek sahaja this sem. Final year project 2 & another elective subject.

Hey! Cepat gila masa berlalu tahu? Jom throwback sikit!


12/9/2012

First day at uniten! I remember clearly this fine day. Mak ayah bawa datang daftar. Such an unfamiliar environment for me sebab suasana campus lain. Dulu utm lain, sebab asrama bukan dekat campus. So, macam bahagia juga la rasa sebab this time asrama dalam campus and dekat dengan fakulti. I choose to continue my electrical engineering course (which is my makcik until now tak percaya aku amek electrical, ohmyyy) Dapat kawan-kawan baru. Best laa best! Hehe.



19/9/2012

Officially ended the orientation. Kemas bilik time masa ni. Sebab seminggu busy, tak sempat langsung mengemas. Penat gilaaa. That time student sangat baik sebab tak banyak songeh. Redha je kena orientasi, bangun awal, tidur lambat. Normal kan? But intake yang baru masuk bulan lepas banyak komplennn. Zzzzzzzz i just don't want to get involve. Manja betul. T___T Beza kk budak dulu and sekarang.



2012-2014

Oh tahun-tahun berikutnya penuh liku-liku cabaran. Waaahahahaha ayat kauu syufa. Kkkkkk. Continue. During those years, the first semester aku rasa amat down, mungkin sebab terkujat masuk degree. Subjek susah sikit dari diploma. I cried to my housemate and decided nak keluar uniten, YA NAK KELUAR. Nangis nangis. Kahkahkah! Hati tisu! They calm me down, give me some positive advices. So, aku continue belajar sampai la dapat result first sem tu. Berapa result aku? The worst result ever! Tak perlu mention sini. :'D

Then, the next sem aku decide nak duduk luar. Ececeyy konon nak rasa duduk luar, dan memang sewa luar jimat but dari segi sewa. Dari segi lain aku memang tak jimat. That time, ayah belikan kereta kancil (terharuuu masa ni) sebab nak mudahkan aku gerak sana sini. But aku duduk luar tak lama, setahun je gitu. Tahun 2013 aku decide nak duduk hostel balik, even sewa asrama mahal, but aku jimat dari segi duit minyak. LEGA!

Then, continue to my other semesters, my result dah makin stabil. Dan aku boleh dah carry subjek subjek. Even tak lahh DL every sem. (memang tak pernah DL punnn) tapi aku still syukur sebab aku masih boleh sambung belajar until nowww i'm in my final semester!

ALHAMDULILLAH!

Ohh dalam semester first tu jugaa lah aku berkenalan dengan seorang mamat yg muka bekeng je. Waaakakakakaaka sekarang dah jadi tunang aku. Kbai.



Seronok sebenarnya zaman belajar ni. Cuma kita nak rasa seronok atau tidak, bila final sem macam aku ni, bila teringat balik semua tu, sengih sorang jadinya. Lepas ni dah nak masuk stage baru. Kerja kerja kerja. Sungguh aku tak sabar nak kerja, but aku tak ready dari segi mental dan fizikal nak bangun awal, nak bertemu klien, etc. Tapi itulah yang aku kena tempuh tak lama lagi. :)


Okay, cukup la throwback. Later k.

Till then.

02 January 2015

I'm Engaged!


Assalamualaikum!

I'm back again! Last week dah cuti seminggu, and i'm here again in Uniten! Tak sempat nak update apa2 sebab naik dari cuti busy siapkan assignment. Phewww and dah siap! Ada lagi laa yang nak kena buat tapi dateline lama lagi! Hehehee!


So, cuti aritu dah selamat menjadi tunangan orang! Yeppp, dah kena reserved. Alhamdulillah everything's fine and turns out very well. Mula dari part hantaran, makanan etc semua okay! Thanks to my lovely family juga. And the same day, wedding my 2nd sister, buat kecik2 je but meriah sebab ramai yang datang. THANKS!


So here are some pictures during the big day! :)

Time ni menggigil. Sejuk gila tangan!


My sister, my niece and my bro-in-law! Tengah kerjakan choc fountain. Hihi!


One of my friend yg datang, TQ Piqa! <3 Masa ni veil dah shhiuuunnngg~ rimas. :D


The king & queen of the day yg sebenar. =) I'm just a part of it. Hehehe.

Baaaaaaanyak lagi gambar sebenarnya. Tapi tak yah tunjuk semua lah kan? Hehehe! Okay itu sahaja. Semoga ikatan yang dibina ni kekal hingga hujung nyawa. Entering the next stage of relationship. Orang kata time tunang paling mencabar ye? Moga semua baik-baik sahaja, InsyaAllah. =)

Till then.

15 December 2014

5 days until the HALF big day

Assalamualaikum.

Been busy for previous 3 month because of the preparations. Bukanlah heavy preparation sangat but since i did all things myself so i need to be prepared. My kakak-kakak also helping me out but not much because they also had their own commitment, so tak nak kacau.


What is the HALF big thingy?


Will update later, tak rasa apa pun since this week i still got tests & assignments to submit!


Till then! =)

19 November 2014

Laaaa Dah Masuk Tahun Empat

Assalamualaikum!


Mula-mula nak bagitahu, I'M ALREADY IN MY FINAL YEAR which is tak excited langsung sebenarnya sebab kawan-kawan kau yang lain dah konvo kbai. T______T Tahun keempat, semester pertama. Subjek semester ni cuma tiga sahaja. I'm not taking my fyp2 this semester, i need rest and more time lah kot untuk ready apa-apa patut untuk fyp2. (dah kecewa fyp1 semester lepas)


Empat tahun, lama gila okay. Sampai dah rasa tepu. HAHA! Serious. Semua orang tanya bila nak habis---dah macam soalan 'bila kau nak kawin' jemuuuu lah orang tanya macam tu. Fyi, disebabkan aku boleh buat jadual sesedap rasa, so aku boleh pilih subjek apa nak amek every semester. Sebab duduk sini rasa macam suffer (sikit laaa) so aku rasa patut aku spend masa lebih sikit, tak amek banyak sangat subjek tiap semester.


Apa-apa pun, this is my second last semester. Tahun depan bulan 5 semester akhir, andddd jadilah daku alumni Uniten (tak sabar). Tapi konvo bulan 8 tahun 2016, tak sempat nak konvo tahun depan sebab bulan 8/9 tahun depan aku still in the middle of the final sem. So, kita kerja dulu. =)


Ehhh anyway, ramai kawan-kawan aku nak kahwin hujung tahun ni. Yang dekat-dekat area Selangor ni mampu la kot gagahkan diri pergi. Yang jauh-jauh, ampun maaf sangat-sangat. Semoga segalanya berjalan lancar okay? Selamatlahh semuanya ye? (doakan aku pun selamat juga?=P )

Till then!

16 October 2014

Semester break holiday : To Pulau Perhentian!


Assalamualaikum, very good day to all of you! I'm very happy happy happy sebab dapat pergi holiday dengan kawan-kawan se-bach UNITEN, we went to Pulau Perhentian uolsss! Seronok habis okay, tapi orang kata kalau pergi pulau ni jangan nak seronok-seronok sangat. Heeee why? Entah.

So, kitorang pergi sana ber-enam (Cupa, Nana, Atin, Bella, Mimmim, Wani) semua gegurls, boys not allowed! Bertolak dr KL 10pm la lebih kurang, dah amek orang ni orang tu, isi minyak (naik kereta, tongtong myk, tol, etc) . Sebab weoolss bertolak pukul 10pm? Nak sampai sana sebelum 9am keesokannya sebab bot transfer dari jeti Kuala Besut ke Perhentian adalah 9am & 12pm SAHAJA okay? Ikut chalet mana uolls pilih, dorang yang provide bot transfer tu. Therefore, gambar memalam adalah tidak ada, memandangkan perjalanan waktu malam adalah gelap, penat, mengantok dan DILARANG terkinja-kinja. T___T 

Biru, jernih air diaaaaaaa


Sampai sana lebih kurang pukul 5am, Cupa yang drive sebab my turn masa tu. Main driver Nana (merangkap kakak kitorang :p ) tidur sebab dia dah drive lama. Singgah dekat masjid dekat dalam pekan Kuala Besut tu untuk basuh muka, solat Subuh sekali. Then tunggu until 9.30am, kitorang pun naik lah bot.

Otw to Pulau Perhentian

Naik bot laju, so tudung memang tak ada style lagi. Harap maklum. So, sampai je dalam pukul 10am dekat chalet, masing-masing terus terkam katil, TIDOQ! Sebab aktiviti snorkeling adalah pukul 2.30pm lepas lunch. Ni nak cerita, makanan sanaaaaaa, TIP TOP! Iolls sukaaaaa, sebab sedap! Tak kedekut langsung! Dorang hidang makanan (sbb mmg amek pakej) atas meja, 4 lauk kkkk? Air 3 jug. Nasi setalammm. Memang kenyang! Dah siap solat jamak, lunch, recharge(tidor) kitorang pun naik bot untuk ke snorkeling point.



Ni gambar dah lepas snorkeling, keeeee next point, tak hengat acik ni

Ni first point snorkeling, tempat sesuaikan diri dengan air,
life jacket dan kayuh kaki serupa katak, anjing, etc T____T


Awok ni tak reti swimming, untunglah ada life jacket dengan goggle, itu pun dok berpaut dekat insan-insan yang bersimpati. HAHA! Paling saspen bila kau tengah sedap berjalan dalam air, makin lama kau dah tak boleh rasa pasir bawah tu. Cuak bro! Mula lah panik. The next day tu kitorang snorkeling lagi tapi kali ni tempat lagi mencabar, dekat tengah laut dalam. WHICH IS KAU RASA NAK TERKENCING SEBAB TAKUT! Gilaaaaa gelabah masa ni. Again, life jacket kan hadooo. zzzz


Ini adalah si Cupa yang takut laut dalam, konon je peace 
Ni masa kitorang pi mandi air tawar, habis snorkeling, sejukkkkk!

My pweeen, tengok tangan iollss, pegang orang. haha!

Dekat sini, jangan pikir ada shopping mall, jangan expect ada kedai coklat Hj. Ismail Group macam dekat Langkawi. Hahaha, dannnnnnnn ni yang paling penting. Aktiviti dekat situ adalah mostly snorkeling. No banana boat ke apa kan. Kalau rasa bukan jiwa nature, takyah la gi, rugi pergi situ tapi takpi snorkeling. Preserve island kan, nak jaga kebersihan, coral bawah tu lagi. Kalau rasa nak makan angin, shopping jangan datang sini, melainkan lepas gi Perhentian korang plan nak jenjalan habiskan duit dekat area Terengganu atau Kelantan. Macam weoollss. NO PROBLEM! 


So, i'm really suggesting korang pergi pulau ni, air dia bapak gila punya jernih woihhh! Hahaha, tak habis excited lagi ni. If nak senang semua dah di plan, amek pakej. Takmau pakej, gi walk in sahaja terus pun boleh, tapi make sure time weekdays, macam kitorang gi aritu. Tak ramai, BEST!


Weolls totally in LOVE with this island!

23 September 2014

Another birthday celebration!

Guess what? Cupa dah abes exam lah! Weeeeeeeyuuuuuuuu! Nampak tak kegembiraan tu? Hahahaha! Alhamdulillah, that's the end of my 3rd last semester in Uniten. Looking forward for my one month holiday which akan dipenuhi dengan aktiviti yang munasabah lagi munasarawak. Semalam lepas habis paper, malam, housemate ajak pergi dinner a.k.a celebrate my birthday jugaaaa. Seronok je rasa ada kawan-kawan yang penyayang nih. (-,-)


So location semalam adalah WonderMama Restaurant & Cafe, Bangsar Village. Masa sampai tu serious laaaa, mata blink blink tengok kedai yang comel, romantik, cozy gilaaaaa! Rasa macam dekat oversea pun ada kkkkkk.


credit to : eatisdaisai.blogspot.com

Seriously cupa jakun gila semalam. Mata tak berkelip tengok keliling. Memang pack kedai diaaa, and semalam Isnin ada diskaun 22% untuk Monday Blue Promo so dapat la kurang sikit kan harga makanan tu. So i choose to eat Creamy Butter Chicker Burger, and i totally make a right choice. Sebab? Makanan dia adalah complete course which is lengkap dengan fries & salad dia dengan dressing salad yang mengancam habis rasa dia. Perghhh, boleh rasa lagi sampai sekarang. Hahaa!

Creamy butter chicken burger...cause i love chicken so much!


Anddddd, sebab tempat tu sangat cantik dipandang mata ni, cupa & housemates cannot stop taking picturesssss sebab sebab sebab..you should go tengok sendiri. Port tempat duduk kitorang agak strategik. So background gambar adalah sangat cantik dan gojessssss!





Kannnnnn kannn? Totally in love. 

Harga makanan situ, according to my budget rm20 seorang lah lebih kurangg sebab price dia average rm10 ke atas. Air dia pun rm5 ke atas. So kalau rasa nak bajet makan tu belas-belas ringgit, ambil plain water pun dah cukup sebab meal dia mengenyangkan. Yang paling sedap smoothie dia like really pekat, but then sekali sedut.....ahhh heaven nya!


the apple of my eyes

Thanks to them for bringing me there! Happy sangat!
Till then. =)

20 September 2014

Si Putih

"Selagi nyawa ini dikandung badan,
Selagi hayat ini masih berdiri,
Selama itu aku takkan henti,
Mencintaimu...Oh My Putih!"



Lagu kemain syufa ni. Lagu ditujukan khas untuk kereta kancil putih milik ku ayah ku. Hihihi. Macam dah jadi trend sekarang budak-budak tengah belajar, dah ada kereta. Orang dulu-dulu berapa tahun kerja baru dapat kereta kan? Nampak tak betapa berbezanya zaman dulu dengan sekarang.







Bukan nak kata budak zaman sekarang manja (tak menangkan siapa pun kkk) tapi kadang tu jadi kemudahan untuk golongan muda-mudi ni. Gunakan dengan niat baik, nak mudah urusan. Jangan nak melaghaaaaa sangat bila ada kereta tu. *melaghaa = buat benda bukan-bukan*


Cupa ada kereta juga, second-hand lah tapi untuk senangkan pergi mana-mana. Ayah pun dah berumur, so tak larat nak drive jauh. Rawang ke Bangi boleh tahan gak laaa lama, dua jam kalau bawak berhemah. Hahahaha! Sebenarnya bila ada kereta ni sedikit sebanyak, i become alert/aware of my car condition. Ececeh. Mohon baca mcm omputih kkk.


Dah dua tahun pakai kereta ni (Alhamdulillah) senang, but as we know kereta pun byk pe'el diaaa. Itu rosak ini rosak. Kereta lama. Anddddddd, orang yang selalu drive kereta tu sahaja yang faham rasa apa yang kurengggg atau tak kena pada kereta tu. Setakat ni problem yang syufa dah kena air-cond nehiii dah (fresh air je skrg), tayar botak habis kuar benang besi (bahaya woi), brake kurang minyak (topup la minyak brake), spark plug, alternator etc! Banyaaaaaaak woi! Hahahaha!


Kena langgar dari belakang pun pernah. Lagi dua hari nak raya. Sedih gila. (T_______T) tapi dah repair! Lawa dah bontot dia. 


Kesimpulannya disini, experience is the best teacher. I learn so much dari si putih ni. Pakai kereta baru make sure you know what is your car condition walaupun baru. Nak harapkan kaum lelaki (somi, bf, abg, etc.) boleh BUT bila sorang-sorang? Haaaaa. Okay sila fikirkan.


Till then. =)

19 September 2014

19.09


"saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun Syufa shi
saeng il chuk ha ham ni da"

Hahaha kau dah kenapa syufa? Nyanyi birthday untuk diri sendiri. Pun boleh lah. Birthday tak birthday sangat laa kan. Macam hari-hari biasa cuma beza nya dah tambah up lagi umur i. I'm 24 this year! Alhamdulillah thank you Allah for another year of my life. Moga segala urusan mendatang berjalan lancar. Amin!


Semalam kawan-kawan buat surprise. After habis exam semalam dorang ajak makan dekat Oldtown White Coffee, Bangi. Rupanya surprise untuk kita! Terharu wey! Hihihi thanks korang, even korang tak baca dalam blog ni, dah baca dalam instagram pun cukuplah kan?


Thank you so much! 





Makanya dengan ini, ada lagi satu paper. Habiskan hari terjadinya diri ni dengan study untuk paper kedua a.k.a paper last isnin depan.


Till then! 

16 September 2014

I miss my blogging world!

Assalamualaikum.

Hello there followers, walaupun tak ramai. I love you guys! (syok sendiri) It is my final years in Uniten guysssssssss. How time flies so fast! Alhamdulillah, just done with my final year 1 presentation. And i hope it will be okay! In the middle of my final examination.

Nak edit blog bagi lawa! Please tak sabar


Please! Dua paper je punnn. :P

27 September 2013

What Our Mind Get Through

What do you think? Betul kan kan.

26 September 2013

Bila Cuti Rindu Nak Study, Bila Study Rindu Nak Cuti

Assalamualaikum!

Waaaaaaaaaaaaaaaa! Rajin lah pulak aku update belog hari-hari. Dia punya excited update belog tu tahan berapa hari je. Percayalah. Esok lusa tulat tak tahu. Tu tu. Tajuk bukan main berjelaaa.

Ye. Nak kata aku rajin sangat sudy tak jugak. Pemalas pun tidaaaak. Eh eh tak pemalas ke aku? Teeeeeeetttt~ Muahahaha. Actually aku bukan rindu nak study study bagai. Rindu nak rasa environment kat hostel. Minggu depan nak balik dah weyy. Bawok nyaborr. 

Sebelum exam ituari, memasing busy mintak tips/hint untuk final exam dekat lecturer. Masuk je kelas, puan/sir tak ada tips ke untuk kitorang ni? Kuikui. Memang bab ni kami tak malu pun.

Bila ada kelas revision je kelas full. Mengharap lecturer bagi tips. Free marks untuk yang datang kelas penghujung sem. Sebab time-time macam ni selalunya syllabus dah habis. So, nak datang taknak terpulang. Hakaqqqq ni rajin. ececehh. Masuk kolam renang sendiri. Eh?


Bukti pergi kelas revision. =P

Aku nih bukan jenis rajin sangat nak menyalin. Kengkadang tulisan aku sendiri pun aku tak paham. Doktor sangat tulisan tu. Masing masing bawak henpung, iped, teb. Amek je gambar. Senang. And gambar atas ni memang gambar ohsem. Sebab mmg yang ini keluar exam. Tapi aku tak boleh jawab. --"

Apa pun. Time belajar ni lahhh sebenarnya nak rasa banyaknya rehat yang kita dapat. Banyaknya leisure time yang kita ada. Time dah keje kena ikut office hour. Kalau outstation memanjang? Haruu mak. Enjoy life sebagai student. :)

Bila result nak keluar ni? erkk. Kbai.

25 September 2013

Jalan Jalan Ikut Kaki

Assalamualaikum!

Hellooooo guys. Hari ni hari rabu. Baru hari rabu. Kenapa rasa macam lambat je masa berlalu. Ke aku sorang je rasa macam tu? Yuppp, sebab aku melopong je duduk ghumah.

Get back to the topic. Orang kata. Oranglah kata. Kalau ada tahi lalat dekat kaki. Uolsss memang kaki merayap. Betul betul? Masing-masing tengok kaki. Hahaha. Aku takyah tengok. Sebab memang ada punggggg. --"

Memang sebulan sekali. Aku mesti meghajinkan kaki ni menapak dekat KL. Naiklah ktm ke lrt ke bas ke. Memang sampai. Nak jimat minyak lah katakan. Eheeemm minyak dah naik doposen ehemm. Okaaay.

Aku tak lah menyopping diri sangat kalau pi KL. Selalu dok tengok wayang, makan. Tu je sebenarnya. Melainkan memang nak beli pape aku dah tetapkan budgey untuk dibelanja. Iskk. Ikut hati wallet kering. Ehh.

Last week baru je gi KL. Aku duduk tepi tepi KL jeee. So naik ktm sampey sudaaa. Target aku ituari nak beli handbag bowler. Trend dah kot. Kahkahkah. Tapi memang aku teringin nak beg tu. Senang bawak.

Budget untuk beg actually dalam rm60. But aku just dapat beli dalam rm40 sahaja. Lagi rm20 dapat beli bajuuuu. Huntunggggg berjalan kat KL. Kuikui. Harga macam ni valid dekat sungei wang, timesquare dan seangkatannya.

Sooooo. Make sure bila berjlan tu. Nak menyopping. Tetapkan budget. Jalan amek-bayar-amek-bayar je hakaqqq. Hihi. Panjang karangan aku. Dah lahh. Banyak sangat kang jemuusss. Bubaii. Errr nak tempek gambar beg. Buley? :p

24 September 2013

Cuti-Cuti Dalam Rumah

Assalamualaikum!

Gigih I bangun pagi-pagi. Bukan nak update blog sebenarnya. Nak check email sebab lecturer send evaluation untuk lab partner. Iskk, kenapalahhh tak di bagi sebelum cuti ari tu?

Oh oh anywayy, since Syufa baru je cukup umur. Ehhh. Ahahaha, nampak? So, marilah kita bersama-sama mematangkan fikiran. *haahh sudahh*

Syufa holiday just untuk 2 minggu je. Bila masuk IPTS memang jangan haraplah nak cuti lama2 kan. Bukan main lajuu satu sem habis. Every sem 14 minggu sahaja. Kalau ada cuti pun, still termasuk dalam 14 minggu tu. Sedihhh okay? Study week non hadoo. Lagi sayuuuuu~ --"

Cuti kali ni, no holiday holiday gi memana, sebab kena tolong family. Since my sister getting married this october. Baaaaaaaaanyak nak kena tolong. Macam aku pulak nak kahwin. Ahah!



Anyway, bila dah masuk third year of learning, HA'AH jahhh dah third year dahh. Busy dengan projects. Errrr do we call that project? Kalau dok design design? Project lah kan? Up sikit bunyiknya. Berkesempatan jugak lah diri ni merasa design design. But mostly yang didesign tak berapa memuaskan. Kena mintak tolong dengan yang pakar.


Lepas tu kena present depan lecturer, macam biasalah. Yang tak biasanya bila kena present dalam bilik, sorang-sorang. Bukan masuk semua. Sorang-sorang je masuk dalam tu. Berdua dengan lecturer. Dapat pulak lecturer suka menyakat. Memang kecut perutlah kann. Iskk. Tetiba rasa macam dipermainkan. Ahahaha.


Anyway, tak ada apa sangat nak dicerita pagi ni. Nanti kita update lagi yek? Tataaaa~



15 September 2013

Dah Setahun ke?

Assalamualaikum peeps!

Long time no update haa.
Busy busy memanjang. I know, alasan ni tak boleh diterima.

Semua orang pun busy kan? Arghhhh, I am vellyy velllyyy sollyyyyyy~ Dah masuk third year study, yes, project berlambakssss. As the time goes by, many things happen. I'd gain many experience!

Actually I'm in the middle of my fnal examination, butttttttt not to worry. Rabu minggu depan habis! So in the mean time, still have to berkabung from blogging. Huwaaa.

Seriously rindu nak update. SERIOUSLY!

Just don't forget me pleaseee. Banyak nak dicerita ceriti. Iskk. Till then kawan kawan.

----<---@

05 April 2013

I'm in the middle of nowhere!

Assalamualaikum kengkawan yang comel/kacak/cun/tampan etc!

Dihari Jumaat yang mulia. Marilah kita beramai-ramai post entry. Ehh. Esok cuti. Hujung minggu! Bestnyeeee! Korang pi mana? Gi detim detim letteww~


Okay, start 2 hari bulan hari tu. I'm officially starting my Herbalife again! After berapa tahun dah tinggalkan. But I able to maintain my weight since then. And I need to lower it lagi until 56kg, which is my ideal weight.


Instead of nak capai berat yang sepatutnya, I juga nak mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi pada jantung. Yes! I'm a normal weight person, but jantung I byk kolestrol. How scary is that?


Kita tengok result dia nanti. After a month I consume Herbalife okay? And dikesempatan ini.

Nak promote shawl yg I jual. RM25 INCLUDING POSTAGE! Yes. Beli lebih lagi I bagi diskaunnn u know? Hikhik. Ni warna yg available. :)




Yang no. 2 dari kiri sebelah atas sekali dah sold out! So, lemme know kalau nak ye! Boleh pm me dkt my fb : https://www.facebook.com/syufaa.husain?ref=tn_tnmn

Have a good day peeps! ;)


31 March 2013

Busy Like A Bee!

Assalamualaikum!

Hello peeps! Sebulan tak renung blog. What happen? Nothing. Just tak boleh nak seimbang jadual kerja, rehat, and berniaga. WHAT? Yes, berniaga. Uhuk2! I'm currently selling tudung/shawl. Disamping melepaskan geram membeli tudung/shawl. Why not I share with others apa yg I pakai kan, instead of membeli!


Ada jugak untungnya! Weeeeee~~


If you guys rajin, follow my shop instagram : lovelyhijabhouse ,
also if dkt fb I will post the hijabs in my sister's shop : cuteannashoppe


In instagram, I'm currently doing a clearance and selling all my preloved items! (available lagik tahu?) Mari meramaikan majlis. eh bukan, shopping dekat my shop! Teheee.

^_^